Cerita ArtisHiburan

Isteri Pertama Jurulatih Bola Sepak Popular & Madu Dilaporkan Bargaduh Di Restoran Akibat Perselisihan Faham

Setelah perkahwinan keduanya menjadi tumpuan ramai, bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an yang juga kini bergelar jurulatih sekali lagi menjadi tumpuan apabila isteri pertama dan keduanya dilaporkan bergaduh.

Menerusi laporan BH Online, difahamkan , isteri pertama dan madunya itu didakwa telah di sebuah restoran dan ia dikatakan berpunca akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan lokasi pergaduhan berkenaan di sebuah restoran.

“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan dengan kisah perkahwinan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an yang mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang wanita berusia 29 tahun.

Malah, wanita berkenaan dikatakan adik kepada seorang pelakon dan penyanyi wanita terkenal. – KopiPlanet.com

Kredit Artikel: BH Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3
+1
2
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button