Cerita ArtisHiburan

Isteri Shuk Sahar Serah Pada Pihak Berkuasa Untuk Jalankan Siasatan, Peguam Nyatakan Ada Unsur Fitnah

Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah menyerahkan kepada pihak berkuasa atas tuduhan yang dilemparkan terhadap suaminya.

Menerusi satu posting di Insta Story, keduanya-duanya dipercayai sudah membuat satu laporan polis pada malam tadi.

“Seperti ramai yang tahu sudah banyak tersebar cerita yang tak best, tohmahan demi tohmahan sampai mengancam keselamatan suami dan keluarga saya.

“Bagi kami tindakan ini agak keterlaluan dan terpaksa ambil tindakan. Saya tak nak komen apa-apa, biarkan peguam saya dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini,” jelasnya.

Sebelum ini, wanita yang pernah dikaitkan dengan Shuk iaitu Fara Salleh mendedahkan mesej seorang wanita yang mendakwa pernah hampir dirogol bekas penyampai radio itu.

Selain itu, turut disebarkan Fara adalah sebuah video seorang lelaki yang dikatakan pelawak berkenaan di dalam sebuah bilik hotel.

Sementara itu, peguam Rossalennah iaitu Haziq Subhi menyatakan pihaknya masih dalam penelitian terhadap dokumen-dokumen yang diberikan anak guamnya itu.

Jelasnya, terdapat elemen unsur-unsur fitnah dan dia percaya anak guamnya iaitu Shuk yang telah dianiaya.

“Kita percaya ada elemen-elemen unsur fitnah dan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab atau pihak ketiga saya nasihatkan jangan libatkan diri. Jangan kita burukkan lagi keadaan.

“Setakat yang ada ni keadaan dah teruk dan saya percaya anak guam saya telah dianiaya. Jadi memang jelas ada unsur-unsur fitnah. Apa-apa pun kita akan teliti semula,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button