Cerita ArtisHiburan

Isteri Tak Terkejut Ajak Banyak Terima Gambar Bogel

Pelawak dan pelakon Ajak Shiro atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak mendedahkan isterinya, Afifah Amin sudah tidak hairan dengan perlakuan segelintir peminatnya yang tanpa segan silu mengirimkan gambar bogel mereka ke Direct Message (DM) di laman sosial Instagramnya.

Menurut Ajak, laman Instagramnya diselia oleh isteri dan apa-apa perkembangan di media sosial itu, isterinya akan mengetahuinya terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri.

“Baru-baru ini saya dapat gambar bogel dan  disebabkan Instagram saya isteri yang jaga, bila orang hantar gambar macam itu isteri saya dah tak terkejut, dia akan tunjuk dekat saya benda-benda itu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Ajak ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes, Damansara, baru-baru ini.

Sejak menceburi bidang seni, Ajak mengakui dirinya tak pernah lepas daripada menerima kecaman netizen dan antara yang paling teruk dikecam apabila dia dan isteri dikatakan sengaja menunjuk-nunjuk kemanisan rumah tangga mereka di laman sosial.

Namun, sejajar dengan kematangannya dalam bidang seni, Ajak kini mengambil pendekatan enggan membaca sebarang kritikan negatif yang dilemparkan terhadapnya seperti mana tips yang dikongsikan rakan artis, Sharifah Sakinah terhadap dirinya.

“Sebenarnya macam-macam dugaan saya dah terima sejak bergelar selebriti.  Sharifah Sakinah ajar saya macam mana nak kawal mental kita kalau kena kecam, dia cakap tak payah baca, kalau baca, kau gelak-gelakkan balik, tapi jangan tulis balik (di media sosial),” katanya.

Sementara itu, Ajak berkata sempena cuti musim sekolah ini, dia dan keluarga bakal mengerjakan ibadah umrah pada 14 Disember ini. Turut menyertai mereka sekeluarga ialah ibu dan bapa Ajak. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ajak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button