Cerita ArtisHiburan

Baju Seksi… Puteri Aishah Hanya Pakai Ikut Kesesuaian Majlis

Baru-baru ini penampilan pelakon Puteri Aishah dalam sebuah majlis hiburan dikritik gara-gara menggayakan busana yang mendedahkan bahagian dada hingga netizen mengkritik penampilannya yang disifatkan agak seksi.

Menjawab mengenai perkara itu, Puteri Aishah berkata dia hanya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang dihadirinya.

“Saya sebenarnya tidak mahu komen apa-apa sebab tidak mahu panjangkan cerita sebab tidak mahu ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan saya. Kadang-kadang saya tak pakai seksi pun orang tetap kata nampak macam seksi.

“Lagipun pada usia yang masih lagi muda, ada macam-macam benda lagi saya nak ‘explore’ dalam hidup. Ada masa saya selesa dan ada masa saya pun tidak selesa (berpakaian mendedahkan). Saya cuma pakai ikut kesesuaian majlis,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Puteri Aishah ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Selafaz Cinta yang berlangsung di TGV One Utama, Damansara semalam.

Menerusi drama arahan Pali Yahya itu, aktres berusia 24 tahun itu diberi peranan menjayakan watak antagonis yang mengganggu rumah tangga pasangan suami isteri lakonan Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin.

Bercakap mengenai karakternya itu, Puteri Aishah berkata dia teruja apabila sekali lagi diberi kesempatan melakonkan watak antagonis yang disifatkannya lebih sukar untuk dimainkan berbanding watak protagonis.

“Saya tak pernah bawa watak sejahati ini dan kali ini saya memainkan watak perempuan psycho tapi ‘sweet’. Nampak macam senang, tetapi susah sebenarnya nak bawa watak jahat.

“Bagi saya watak baik lagi mudah dijayakan, namun sebagai pelakon baharu ia adalah satu cabaran untuk mencuba pelbagai karakter agar dapat memvariasikan karier seni seseorang pelakon itu,” katanya.

Selafaz Cinta yang diterbitkan Suhan Movies akan ditayangkan bermula 27 November ini pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105) Maya HD (135). – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Puteri Aishah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button