Cerita ArtisHiburan

Isu Kenyataan Kumpul Pahala, Suhaimi Saad Pertahankan Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, terdapat pelbagai maklum balas yang diterima berhubung kenyataan Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kampul pahala.

Ia termasuklah satu kenyataan yang dibuat oleh pendakwah bebas, Profesor Dr Ridhuan Tee yang mempersoalkan mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi nasyid Suhaimi Saad dilihat mempertahankan penyanyi nombor satu negara itu.

“Betol la apa yang siti tulis tu. Aku sokong Siti. Bukan ustaz mana cakap.
Nabi yang cakap,m emang pahala ibadah kita dalam bulan Ramadhan ni Allah ganda gandakan.

“Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar. Takkan benda basic macam tu pun tak tau. Kata ustad,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Pada masa sama, Suhami juga meminta pendakwah berkenaan supaya tidak memburukkan lagi keadaan.

“Tak payah nak burukkan keadaan la ustad. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad. Nak tibai Siti, pastu nak bela netizen-netizen langau ni ke apa?

“Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni. Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda. Malu dekat Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
1
+1
5
+1
0
+1
7
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button