Isu Marah Kucing, Azwan Ali Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka
Selebriti popular tanah air, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA telah membuat permohonan maaf gara-gara memuat naik sebuah video dia memarahi kucing-kucing peliharaannya baru-baru ini.
Menerusi video permohonan maaf yang dimuat naik di akan Twitter miliknya, Diva AA menyatakan apa yang dilakukan adalah sekadar bergurau.
“Diva AA minta maaf secara terbuka kepada semua semalam tu video gurau-gurau je. I love all my cats. Untuk Persatuan Haiwan Malaysia yang tonton video ni so harap faham lah.
“Diva AA tak ada niat sebenarnya gurau-gurau aje. Of course I love all my cat. Take note. Maaf terbuka kepada semua terutama Persatuan Haiwan,” jelasnya.
Sebelum ini, Persatuan Haiwan Malaysia menerusi kenyataan di Facebook menyatakan satu aduan akan dikemukakan untuk siasatan dan tindakan pihak berkuasa.
Ia berhubung suara maki hamun yang disyaki suara seorang artis tanah air yang biasa membuat video berunsur nasihat melalui video provokasi dengan bahasa kesat dan kata makian.
Menurut kenyataan itu lagi, perbuatan menakutkan haiwan adalah satu kesalahan Terrifies bawah Seksyen 29 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).
“Hukuman menanti pelaku yang memaki haiwan adalah sama seperti mencederakan atau membunuh haiwan dengan sengaja,” jelas kenyataan tersebut. – KopiPlanet.com