Cerita ArtisHiburan

Isu Penampilan Seperti Biarawati Gereja, Aina Abdul Tampil Buat Permohonan Maaf

Setelah terpalit dengan isu mengenai penampilannya yang kelihatan seperti biarawati gereja baru-baru ini, penyanyi popular Aina Abdul akhirnya tampil buat permohonan maaf.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya, Aina menyatakan fesyennya itu adalah inspirasi daripada koleksi Maison Margiela.

“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Ainda di PC ANWWA 2.0 baru-baru ini.

“Sejujurnya inspirasi ini dari Aina & team dan kami berinspirasikan collection Maison Marginal 2022/spring summer,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan mendapat kritikan ramai tentang penampilannya semasa sidang media konsertnya yang berlangsung minggu lalu.

Dalam pada itu, Aina menyatakan kekhilafannya sehingga mendatangkan salaf faham dan akan lebih berhati-hati dalam berfesyen pada masa akan datang.

“Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf. Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button