Cerita ArtisHiburan

Isu Pergaduhan Lan Pet Pet Selesai, Penghantar Barang Akui Kesalahan & Sudah Tarik Kembali Laporan Polis

Pelawak Lan Pet Pet mengesahkan isu pergaduhan dengan seorang individu penghantar barang kini sudah selesai.

Dalam satu penjelasan yang dibuat, Lan juga menyatakan individu berkenaan juga sudah menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

“Selepas kejadian itu saya terus membuat laporan polis dan penghantar barang tersebut hanya membuat laporan selepas 2-3 hari kejadian.

“Kes kami ini kami bersemuka dan selesai. Saya ucapan terima kasih kepada penghantar barang itu kami dah selesai dengan aman dan damai,” jelasnya.

Menceritakan kejadian tersebut, Lan menyatakan dia telah diprovokasi setelah membunyikan hon terhadap individu berkenaan yang sedang melihat telefon di lampu isyarat.

Pada masa sama, Lan menyatakan bahawa wanita yang merakamkan kejadian berkenaan tidak tahu tentang situasi sebenar yang berlaku sehingga memviralkan video berkenaan.

Sementara itu, peguam kepada Lan, Datuk Dr. Aswandi menjelaskan perkara yang telah berlaku itu timbul akibat sedikit salah faham.

Ujar Aswandi, kejadian yang berlaku itu bukanlah satu bentuk pergaduhan, tetapi ia lebih kepada perselisihan.

“Video viral oleh wanita tersebut yang telah membuat satu komen seolah-olah menghakimi Lan Pet Pet itu sebenarnya adalah satu prasangka.

“Saya telah menyuruh abang Lan membuat satu laporan polis berhubung perkara sedemikian,” ujarnya.

Menurutnya lagi, ketika bersemuka penghantar barang tersebut menyedari kesalahannya dań menarik balik laporan polis yang dibuat.

Ujarnya, ia bermakna tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh anak guamnya itu memandangkan rider berkenaan telah menarik balik laporan.

“Kalau 100 peratus ia berpunca daripada abang Lan, saya yakin penghantar barang itu saman atas kecederaan atau kerugian yang dialami.

“Jadi, komen-komen yang diberikan terhadap video tersebut tidak menunjukkan keadaan yang sebenar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
3
+1
3
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button