HiburanSelebriti

Isu Posting Di Insta Story Jadi Viral, Pengurus Media Sosial Noor Kartini Tampil Buat Permohanan Maaf

Setelah viral isu mengenai satu posting berkaitan Sultan Johor dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, akhirnya Pengurus Media Sosial Noor Kartini telah tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pengurus bernama Zulshafiqah Zulkafli itu mengakui dia telah tersilap memuat naik tangkap layar (posting).

“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja. Tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.

“Saya juga mahu menjelaskan gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan daripada penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri,” jelasnya.

Ujarnya, dia juga telah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan menyelesaikan siasatan berhubung isu yang tular ini.

“Dengan rasa rendah diri dan hormat patik kepada KeBawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh kerabat DiRaja Johor patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi.

“Saya juga dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta keluarga di atas kecuaian saya yang telah menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga. Dengan ini saya berjanji TIDAK akan mengulangi kesilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button