Cerita ArtisHiburan

Isyariana Tolak Ajakan Sertai Pelaburan Forex, Tak Percaya Konsep Dapatkan Wang Secara Mudah

Pelakon popular, Isyariana memaklumkan dirinya menolak sebarang ajakan untuk menyertai pelaburan Forex, meskipun dijanjikan pulangan yang lumayan.

Isyariana berkata, sebelum ini ada beberapa kenalan yang pernah mengajaknya menyertai pelaburan sebegitu, namun menyatakan tidak berminat untuk menyertainya.

“Setakat ini saya tak pernah terlibat dengan pelaburan seperti Forex, tetapi adanorang-orang di sekeliling saya yang aktif dan pernah ajak saya untuk turut serta.

“Bagaimanapun, saya tolak ajakan tersebut kerana tak percaya konsep dapatkan wang secara mudah. Kalau nak dapatkan wang, lebih baik saya bekerja dan berusaha keras,” jelasnya.

Isyariana berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran bacaan doa selamat filem Gadis Felai yang berlangsung baru-baru ini.

Sementara itu, bercerita mengenai pembabitannya dalam filem tersebut, dia membawakan watak sebagai Qistina yang juga seorang influencer.

“Dalam filem ini, saya diberi watak seorang influncer yang diupah sebuah syarikat Forex untuk menarik lebih ramai orang menyertai pelaburan berkenaan.

“Pada saya watak yang diberikan ini sangat menarik kerana sekurang-kurangnya ia dapat memberikan kesedaran kepada penonton supaya tidak mudah tertipu,” ujarnya.

Selain Isyariana, filem berkenaan turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Azrel Ismail, Norkhiriah, Zaryn Min serta dua pelakon Indonesia iaitu Renaldy Putra Ramadana dan Tsania Marwa.

Diarahkan oleh Zamri Zakaria, filem berkenaan baru sahaja mula menjalani penggambaran pada 13 November lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button