Cerita ArtisHiburan

Ito Blues Gang & PITAHATI Bergabung Rakam Semula Lagu Khatulistiwa Sempena Hari Malaysia

Sambutan Hari Malaysia telah dipilih sebagai satu tarikh untuk mempersembahkan rilisan terbaru hasil kolaborasi dua generasi rock tanah air iaitu Pitahati dan Ito Blues Gang menerusi lagu Khatulistiwa yang dirakam semua.

Lagu berkenaan adalah sebuah lagu dari kugiran lagenda rock blues tanah air iaitu Blues Gang yang telahpun dikenali ramai sedari tahun 1983.

Pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu, kini lagu berkenaan disusun kembali muzik dan liriknya mengikut peredaran  masa dan zaman. 

Bermula dengan mengumpulkan playlist lagu-lagu dari kugiran-kugiran tempatan yang menjadi inspirasi karya-karya PITAHATI sehingga mereka terdetik untuk menjadikan lagu Blues Gang ini sebagai sebuah lagu ‘cover‘ pada persembahan-persembahan mereka.

Tidak terjangka lagu ini masih evergreen yang mana selepas itu sering menjadi permintaan dan bualan peminat-peminat PITAHATI sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk membuat sebuah video music hasil kolaborasi pihak syarikat rakaman Luncai Emas dan Siakap Keli beberapa tahun lalu.

Nafas lagu Khatulistiwa ini seperti ada sentuhan magis apabila pada tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk dijadikan sebuah lagu tema reunion pelajar-pelajar Sekolah Tengku Abdul Rahman (STAROBW), Ipoh. 

Mengenai muzik video pula, penggambaran yang berkonsepkan santai berinspirasikan tema sebuah kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum membawa Pitahati, Ito Blues Gang dan team penggambaran Motion Scientist memilih negeri Ipoh sebagai lokasi utama.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 hari itu membawa mereka ke kawasan-kawasan santai rakyat berbilang kaum seperti di Old Town Ipoh, Concubine Lane, Stesen Keretapi, Pasar Loken, Padang Ipoh, Restoran New Hollywood, Super Kinta, Stesen Bas Medan Kid, dan sempat juga singgah ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button