Cerita ArtisHiburan
“It’s A Boy” – Lisa Surihani Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga, Kedua-Duanya Dalam Keadaan Baik
Pelakon popular Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga awal pagi tadi.
Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh suaminya, Yusry Abdul Halim menerusi perkongsian di Instagram.
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.
“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” ujarnya sambil berkongsikan jantina anaknya itu.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis serta peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata berkenaan.
Sebelum ini, pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira dan Yusof.
Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
1
+1