Cerita ArtisHiburan

“Itu Satu Penipuan…” Rosyam Nor Kesal Gambarnya Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Tujuan Promosi Saham

Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa kesalnya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya tanpa kebenaran bertujuan mempromosikan pelaburan saham.

Menerusi satu video yang dikongsi di Instagram, Rosyam menjelaskan dia sendiri tidak pernah terlibat dengan mana-mana pelaburan saham dan apa yang dipaparkan itu adalah satu bentuk penipuan.

“Saya nak bagitahu ada banyak sangat iklan pasal saham yang gunakan gambar saya, ramai orang yang terpengaruh.

“Saya tak ada kena-mengena dengan apa sahaja saham… itu adalah satu penipuan. Jadi, jangan cepat percaya.. guna gambar saya, letak gambar saya,” tegasnya.

Rosyam berkata, dia juga memberikan peringatan kepada semua orang agak lebih bersikap berhati-hati dengan keadaan yang berlaku sekarang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button