Cerita ArtisHiburan

Izzue Islam Mohon Maaf Belum Dapat Beri Zuriat Pada Isteri

Dikenali cukup romantis terhadap isterinya, penyanyi dan pelakon Izzue Islam semalam menzahirkan perasaan kasih dan sayangnya terhadap isteri, Awin Nurin bersempena ulang tahun kelahiran Awin yang ke-37 hari ini.

Dalam ucapan romantisnya itu, Izzue, 29, turut memohon maaf kerana gagal memberikan zuriat yang pastinya menjadi idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin.

“Minta maaf isteriku, rasanya masih banyak kekurangan I sepanjang jadi suami you. Belum lagi dapat bagi you baby idaman setiap pasangan bergelar suami dan isteri. Bercuti nak rileks-rileks berdua rehatkan diri rasanya sekali pun tak pernah sepanjang kita kahwin.

“Kadang-kadang selalu juga terlepas cakap sampai buat awak tersinggung. Tak cukup tu, saya pernah jugak buat awak terasa sampai menangis. Terima kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan saya.

Tak pernah pun mengeluh walau tak cukup rehat atau tidur. Tak pernah bosan jadi pemandu saya walaupun saya kat sebelah dah berdengkur! Masa saya susah awak ada malah awak yang senangkan dan tenangkan saya dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. You are the best isteriku! Selamat Hari Lahir,” tulis Izzue.

 

View this post on Instagram

 

Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis. 🙏 Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur! Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin 21.06 #JuneBaby

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

Pelakon dan penyanyi berkenaan mendirikan rumah tangga dengan Awin yang juga merangkap pengurusnya pada tanggal 2 Jun 2013.

Pasangan tersebut mula berkenalan ketika masing-masing bekerja di kedai bersebelahan sebelum Izzue memulakan langkah bergelar selebriti lagi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Izzue Islam

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button