Rancangan TVTV

Jaclyn Victor Muncul Juara GV9, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000

Penyanyi popular Jaclyn Victor dinobat sebagai juara Gegar Vaganza 9 (GV9) setelah berhasil menewaskan lima peserta yang lain.

Dalam saingan final yang berlangsung pada malam tadi, Jaclyn tampil dengan persembahan bertenaga menerusi lagu It’s All Coming Back To Me Now dan This Is Me.

Bagi saingan battle pula, Jaclyn bergandingan dengan kumpulan VE dengan aksi dua buah lagu iaitu The Real Slim Shady dan Sang Sangka Biru.

Dengan kemenangan tersebut, penyanyi berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta pakej percutian dan trofi.

Sementara itu, tempat kedua pula menjadi milik Bob Yusof dengan memenangi hadiah wang tunai RM50,000, pakej percutian dan trofi, manakala Shila Amzah pula muncul pemenang tempat ketiga.

Saingan final yang berlangsung menyaksikan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz selaku juri tetap, manakala Edry Abdul Halim pula menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

*Senarai Pemenang GV9

Juara: Jaclyn Victor (85.86 peratus)

Naib Juara: Bob Yusof (76.28 peratus)

Ketiga: Shila Amzah (76.02 peratus)

Keempat: Tomok (75.83 peratus)

Kelima: VE (72.39 peratus)

Keenam: Hazrul Nizam (69.75 peratus)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button