Cerita ArtisHiburan

Jadi Mangsa Intai Kru Produksi Ketika Mandi, Sara Daewoo Akui Mentalnya Terkesan

Pelakon filem Cerana Biduk Bu Merah, Sara Daewoo mengakui dirinya berasa malu apabila menjadi mangsa intai seorang kru produksi ketika menjalani penggambaran.

Sara berkata, kejadian membabitkan kes gangguan seksual itu berlaku sewaktu dia sedang mandi.

“Saya berasa malu, marah, sakit hati dan sedih atas kejadian yang berlaku kerana ia membabitkan kes gangguan seksual.

“Apa yang lebih menyakitkan hati apabila individu itu tidak mengaku kesalahannya dan pura-pura mengajak lakukan solat,” ujarnya.

Sara berkata demikian menerusi TikTok ketika diminta mengulas kes gangguan seksual membabitkan dirinya menjadi mangsa kru produksi yang mengintainya ketika sedang mandi di lokasi penggambaran filem genre seram itu pada 2018.

Jelasnya, ketika telefon bimbit kru berkenaan dirampas, terdapat lima video yang dirakam ketika dia sedang mandi.

“Selepas telefon bimbitnya dirampas, tiada sebarang rakaman ditemui dan ia nampak seolah-olah masih baru.

“Namun, selepas video ditemui dalam telefon bimbitnya itu, saya mendapati ada sebanyak lima video saya sedang mandi yang dirakamkan pelaku terbabit,” katanya.

Ujarnya, dia sangat terkejut kerana video berkenaan dirakamkan pelaku terbabit tiga atau empat hari sebelum kejadian itu.

Jelasnya lagi, dia memang tidak perasan kewujudan video terbabit, namun Allah SWT  yang membantunya sehingga kejadian terbongkar.

“Satu dari video itu, pelaku terbabit menutupnya dan nampak dari bahagian atas sampai bawah kerana dia masukkan telefon bimbit dalam plastik beras yang diletak dalam bilik mandi di inap desa itu.

“Video yang keempat pula si pelaku dapat rakamkan saya  dari atas ke bawah kerana saya sudah nak habis mandi ketika itu,” ujarnya.

Pada masa sama, Sara mengakui ia telah memberi kesan pada mentalnya hingga tidak mahu berjumpa orang.

“Penerbit dan pengarah serta pelakon, Pekin Ibrahim terpaksa datang pujuk dan beri semangat pada saya ketika itu,”katanya.

Kata Sara lagi, dia juga sudah membuat laporan di balai polis berhubung kejadian gangguan seksual itu.

“Pihak polis minta saya tinggalkan telefon bimbit sebagai bahan bukti jika mahu teruskan kes di mahkamah ketika itu.

“Tapi saya pula bimbang jika video dalam telefon bimbit itu tersebar dan akan menjadi isu kerana saya juga seorang pelakon,” katanya.

Terdahulu, Pekin mendakwa dia berasa hilang sabar dan bertindak membelasah kru produksi kerana melakukan perkara tidak senonoh apabila mengintai pelakon wanita dalam filem seram Biduk Cerana Bu Merah iaitu Sara.

Pekin menyedari perkara itu selepas dimaklumkan mangsa iaitu Sara kepada rakannya.

Filem genre seram Cerana Biduk Bu Merah terbitan Goldhill Pictures itu sudah ditayangkan di pawagam tanah air bermula 12 Oktober lalu.

Selain Pekin dan Sara, filem ini turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button