Cerita ArtisHiburan

“Jadi Penyanyi Lagi Letih Daripada Jadi Usahawan” – Azlan Typewriter

Penyanyi Nor Azlan Rosle, 37, atau lebih dikenali sebagai Azlan Typewriter mengakui bergelar seorang penyanyi adalah lebih meletihkan daripada bergelar seorang usahawan.

Azlan turut berpendapat bahawa kariernya sebagai penyanyi memerlukan seluruh tenaga dalaman serta luaran berbanding bidang perniagaan yang baru diceburinya ini.

“Penyanyi memerlukan seluruh tenaga dalaman serta penghayatan jiwa. Bila kita berniaga, memang kita kena ada jiwa tetapi kita masih boleh mengawalnya.

“Tetapi apabila kita menyanyi dan berada di atas pentas, jiwa itu yang membuatkan kita letih”, katanya kepada KopiPlanet.com.

Azlan ditemui pada majlis pelancaran lagu single Kukuh serta minuman tenaga Turbo 3 yang diadakan di Wow KL, Jalan Ampang Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Azlan turut menjelaskan berkenaan single terbarunya itu yang berkisar mengenai perasaan yang diinspirasikan dari kegagalan.

“Lagu Kukuh ini sebenarnya memberi semangat untuk bangkit walaupun dalam rentak muzik yang lembut”, katanya.

Azlan turut menambah pembikinan lagu tersebut mengambil masa yang agak lama kerana dia mahu menggunakan khidmat dan sentuhan magis daripada pemuzik profesional.

“Saya menulis melodinya dua tahun lepas dan prosesnya pembikinannya memang mengambil masa yang agak lama.

“Lagu ini telah mendapat khidmat sentuhan Adi 6ixth Sense (Manusia Putih) bagi melembutkan lagi mood lagu tersebut yang berentak rock balada”, katanya.

Di samping itu, apabila ditanya berkenaan bidang perniagaan minuman tenaga yang diceburinya itu, Azlan menjelaskan walaupun dia sibuk menjalankan komitmennya sebagai duta produk berkenaan namun tumpuan utamanya masih lagi terhadap bidang muzik.

Kukuh merupakan single kedua Azlan selepas lagu Melankoli yang dilancarkan empat tahun lepas. – KopiPlanet.com

Artikel :Nur Fatin Marzuki
Pelajar Praktikal Uitm Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button