Cerita ArtisHiburan

Jaga Imej Sebagai Pelajar Perguruan, Aliff Iskandar Lebih Berhati-Hati Muatnaik Content Di Media Sosial

Tidak dinafikan ramai individu termasuk artis sanggup menghasilkan video yang boleh menimbulkan kecaman ramai dengan memuat naik di media sosial mata-mata mahu cepat popular.

Bagi penyanyi popular Aliff Iskandar, meskipun cara sebegitu mampu menaikkan nama seseorang individu itu dengan pantas, tetapi dia lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang content di media sosial.

“Memang cara sebegitu dilihat agak berkesan, namun saya tidaklah sampai mengambil langkah sedemikian.

“Lagipun sebagai seorang pelajar perguruan, saya harus menjaga imej selaku bakal seorang pendidik dan tempat saya menuntut ilmu,” jelasnya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single baharunya, Takdir yang berlangsung pada minggu lalu.

Ketika ini, penyanyi itu masih lagi menuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras dalam jurusan Pendidikan Muzik.

Aliff merupakan top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 baru-baru ini. Dia juga dicalonkan ke top 20 kategori BBNU Meletop sempena Anugerah Meletop Era 2021 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai single baharunya itu, Aliff memberitahu lagu Takdir ciptaannya bersama Jaja Ishak itu akan menjadi lagu OST untuk drama Saat Ku Takluk Cinta Ini yang akan disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda bermula 20 Disember ini.

Ujar pemilik nama sebenar Nor Aliff Iskandar Norazmi itu, lagu tersebut adalah mengenai hubungan cinta yang tidak kesampaian.

“Apabila menulis lirik TAKDIR pada peringkat awal, saya membayangkan sebuah perhubungan. Adakah hubungan itu berakhir dengan kegembiraan atau pun sebaliknya.

“Semua orang mampu merecanakan hubungan apa yang mereka mahukan tetapi pada akhirnya takdir juga yang akan menentukan ke mana hubungan tersebut berjalan,” jelasnya.

Takdir merupakan terbitan Jaja Ishak Channel dengan kerjasama Indigital Music dan Alternate Records. Lagu berkenaan sudah boleh didengari di semua platform digital dan MV TAKDIR boleh ditonton melalui Youtube Indigital Music mulai 9 Disember lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button