Cerita ArtisHiburan

Jalan Masuk Rumah Ditenggelami Banjir Paras Pinggang, Jihan Muse Tidak Dapat Datang Ke Sesi Rehearsal Konsert Mingguan GV8

Pengacara popular, Jihan Muse memaklumkan dirinya tidak dapat datang ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) untuk sesi rehearsal konsert mingguan Gegar Vaganza 8 (GV8) setelah jalan masuk ke kawasan rumahnya ditenggelami air.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh pengacara tersebut menerusi akaun Facebook miliknya, di mana diketahui dia menetap di Shah Alam.

“Shah Alam banjir. Jalan masuk rumah mak air da paras pinggang.

“Sorry team GV tak dapat ke PiCC malamni. Ade rezeki jumpa esok,” tulisnya ringkas.

Ketika ini, kebanyakan kawasan di Lembah Klang, terutama sekali Shah Alam ditenggelami banjir setelah hujan yang tidak berhenti sejak semalam.

Malah, terdapat segelintir netizen yang banyak berkongsikan video serta gambar-gambar di kawasan yang telah ditenggelami banjir. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3
+1
2
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button