HiburanSelebriti

“Jangan Dengar Sebelah Pihak Sahaja” – Aliff Syukri Akan Buat Kenyataan Jumaat Ini Berhubung Isu Ceroboh Rumah A. Aida

Baru-baru ini usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri baru sahaja melancarkan sebuah lagu raya iaitu Lala Raya.

Bagaimanapun, lagu berkenaan mencetuskan kontroversi apabila penggambaran muzik video telah dilakukan di beranda dan belaag rumah penerbit Datuk A. Aida tanpa mendapat kebenaran.

Menerusi satu posting di Insta Story, usahawan tersebut akan membuat kenyataan berhubung perkara berkenaan.

“Apa yang boleh saya katakan, jangan dengar satu side (sebelah pihak) sahaja. Saya tidak mahu cari kesalahan orang, saya pun ada salah saya juga.

“Saya akan keluarkan kenyataan saya pada Jumaat ini. Saya akan sidang akhbar untuk pelancaran lagu baharu saya,” jelasnya.

Sebelum ini, A. Aida mendakwa dia sendiri tidak tahu rumahnya di Janda Baik telah digunakan untuk penggambaran video muzik lagu tersebut dan mengakui agak terkejut.

Ujar Aliff, segala isu yang berlaku itu adalah di luar pengetahuannya dan meminta semua pihak supaya bertenang.

Dalam pada itu, Aliff juga menyatakan terima kasih terhadap sambutan yang diterima lagu itu sehinggan menjadi trending nombor dua di YouTube. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
4
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button