HiburanSelebriti

“Jangan Sentuh Anak-Anak Saya!” – DJ Lin Beri Amaran Jangan Babitkan Anak-Anaknya

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin memberi amaran agar netizen tidak membabitkan anak-anaknya berhubung isu penamatan kontrak Tyzo Xander yang menjadi kontroversi sejak minggu lalu.

Tegas DJ Lin, anak-anaknya tidak bersalah terhadap isu yang timbul dan menerima jika dirinya yang menjadi sasaran kecaman netizen.

“Bagi saya, sebagai seorang yang ada nilai kemanusiaan, anak saya tak bersalah. Nak kecam ke, tak kisahlah anda tahu atau tak tahu hujung pangkal cerita… nak kejam DJ Lin, anda kecam DJ Lin. Saya tak ada masalah.

“Tapi awak jangan sentuh anak-anak saya. Anak-anak saya tidak bersalah sama sekali. Anda menghukum mereka tanpa asas yang kukuh. Anda menggelar macam-macam ibu dia. Mereka juga seorang anak, mereka ada perasaan,” luahnya.

Sebelum ini, penyampai radio yang juga Pengurus Besar Suria FM itu mendapat kecaman hebat netizen apabila dikatakan menjadi punca penamatan kontrak Tyzo.

Malah, dalam satu video yang tersebar pada minggu lalu, Tyzo turut melontarkan kata-kata tentang penganiayaan kepada DJ Lin.

Dalam pada itu, DJ Lin menganggap apa yang berlaku mungkin ada hikmah dan menyatakan dirinya tidak menyalahkan netizen yang mengecamnya.

“Saya dah lali dengan segala kecaman… sebelum ini pun saya pernah berdepan dengan pelbagai kecaman daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa bekas penyampai.

“Walaupun dikecam sejak viral video Tyzo sehingga masih menerima makian, cacian, tohmahan serta gelaran yang keterlaluan, tapi saya tidak boleh salahkan mereka 100 peratus kerana mereka tak tahu apa cerita di sebaliknya,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button