Cerita ArtisHiburan

Jangan Terlalu Bersedih Sampai Nak Bunuh Diri, Tips Nora Kekal Tabah

Berhadapan dengan dugaan kehilangan suami dan anak buat selama-lamanya pasti telah memberikan memori pahit buat penyanyi Nora Ariffin.

Meskipun dilihat cukup tabah menerima dugaan hidup tersebut, Nora berkata dia redha menerima ujian yang diberi Allah SWT terhadapnya.

“Bagi saya semua orang ada masalah dan untuk dapat ketenangan itu, saya tak nak fikir masalah. Macam mana sedih pun saya perlu move on. Kita kena sabar dengan apa sahaja ujian dan dugaan yang terjadi dalam kehidupan yang dilalui serta kena belajar redha menerima lebih-lebih lagi kematian.

“Pada masa sama kita tak boleh terlalu sedih sangat atau terlalu murung sampai ada rasa nak bunuh diri. Seharusnya kita kena bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Ujian-ujian yang diberikan itu Allah bagi sebab nak betulkan diri kita,” katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta produk penjagaan kulit Prettian yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana semalam.

Suami Nora, Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 manakala anak keduanya, Muhammad Alif, 20, menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 14 Disember lalu.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga menjelaskan dia mengambil semangat Allahyarham anaknya dalam menjalani hari-hari mendatang.

“Kalau dia ada, dia selalu nak pastikan saya okay. Dia tak nak saya fikir masalah dan selalu offer untuk jaga adik-adik supaya saya ada masa untuk diri sendiri.

“Jadi, semangat itu yang saya bawa kerana saya pasti dia sentiasa nak tengok saya bekerja dan jalani hidup dengan tenang. Lagipun anak-anak yang lain perlukan saya,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan dengan Johan, Nora mempunyai empat anak iaitu Mohammad Syakir Iman, Allahyarham Mohammad Syakir Alif, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button