Cerita ArtisHiburan

Janna Nick Enggan Komen Dikatakan Bergaduh Dengan Sheila Rusly

Pelakon Janna Nick enggan memberikan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia bergaduh dengan produser Sheila Rusly.

Menurut Janna, dia sangat menghormati Sheila Rusly dan suami, Azman Jinggo yang banyak menabur budi terhadap dirinya sejak mula menceburi bidang seni.

“Saya tiada sebarang komen (dikatakan bergaduh dengan Sheila Rusly). Saya menghormati JS Pictures (syarikat produksi milik Sheila dan Jinggo) serta saya banyak terhutang budi dengan mereka.

“Saya menganggap Sis Sheila dan Papa J sebagai orang yang terhormat dalam industri ini, jadi saya tidak layak untuk beri apa-apa komen,” katanya kepada KopiPlanet.com

Janna ditemui pada majlis taklimat media Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) yang diadakan di Theatrette, Balai Berita NSTP Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis itu, Janna dan Izzue Islam telah diumumkan sebagai duta DFKL 2019 yang mengangkat tema ‘Positif Selalu’.

Hubungan Janna dengan pasangan suami-isteri itu dikatakan dingin apabila Sheila dan Jinggo tidak memasukkan sebarang promo melibatkan Janna menerusi drama Leftenan Zana di laman Instagram mereka.

Menerusi drama rantaian bercorak ketenteraan itu, Janna memegang watak utama sebagai Leftenan Zana. Drama terbitan JS Pictures itu turut dibintangi Redza Rosli, Aprena Manrose, Hairee Othman dan Sheila Rusly.

Rata-rata peminat juga mendakwa hubungan mereka bermasalah kerana Janna kini dilihat tidak lagi menghabiskan masa bersama Sheila yang diibaratkan seperti ibu kedua Janna selepas ibu kandungnya.

“Sebelum ini saya ada berjumpa dan bertanya kepada mereka tapi tiada pula mereka menunjukkan apa-apa reaksi negatif (terhadap saya).

“Apa yang penting sekarang ini saya fokus dengan kerjaya saya dan saya pun nampak mereka semakin sibuk dengan karier mereka juga,” kata Janna lagi.

Diminta mengulas mengenai hubungannya kini dengan Sheila dan Jinggo, Janna secara ringkas berkata, “Saya tetap berpegang pada jawapan ‘no comment’ dan saya hanya akan mengulas sekiranya pihak di sebelah sana ada mengeluarkan apa-apa kenyataan”. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button