Cerita ArtisHiburan

Janna Nick Muncul Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 34, Raih Lebih 86 Juta Undian

Pelakon dan pengacara, Janna Nick muncul sebagai pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 34) yang berlangsung malam ini.

Kemenangan tersebut diraih bekas pengacara Melodi itu dengan meraih undian daripada peminat sebanyak 86,374,777 undi.

Selain membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, Janna turut meraih kemenangan untuk kategori Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Sementara itu, penyanyi Haqiem Rusli yang muncul pemenang Bintang Paling Popular pada edisi ABPBH 33 hanya meraih anugerah menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Penyanyi popular Siti Nordiana pula turut membawa pula dua anugerah iaitu Artis Versatile Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Acara ABPBH 34 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Sherry Alhadad. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Harian Metro

*Senarai Pemenang ABPBH 34

  1. Artis Baharu Wanita Popular – Dolla
  2. Artis Baharu Lelaki Popular – Dinie Rashid
  3. Pelakon Antagonis Popular – Liza Abdullah
  4. Pengacara TV Popular – Janna Nick
  5. Penyampai Radio Popular – DJ Lin
  6. Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi
  7. Artis Berkolabirasi/Duo Berkumpulan – Aina Abdul & Khai Bahar
  8. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Habsah Hassan
  9. Watak Animasi Popular – Ejen Ali
  10. Artis Versatile Popular – Siti Nordiana
  11. Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick
  12. Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
  13. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
  14. Penyanyi Lelaki Popular – Haqiem Rusli
  15. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
  16. Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
  17. Bintang Paling Popular – Janna Nick
Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
8
+1
3
+1
11
+1
14

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button