Jarang Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial, Hisyam Hamid Nafi Sudah Bercerai
Pelakon popular, Hisyam Hamid menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia dan isterinya, Rosmawati Hanafi sudah bercerai.
Menerusi laporan Kosmo, dia jarang berkongsi mengenai hal peribadinya di media sosial kerana tidak mahu menjadi topik perbualan netizen.
“Tiap-tiap bulan ada artikel pasal isu ini tentang saya dan isteri. Saya masih lagi suami orang. Macam saya cakap, dah kurang sikit post atau kongsi benda-benda personal.
“Dengan anak-anak pun, hanya sekali sekala saya akan kongsi. Misalnya, baru-baru ini masak sama-sama dengan mereka. Memang dah kurang masa main media sosial,” katanya.
Pada masa sama, pelakon kelahiran Singapura itu berpandangan bahawa media sosial boleh menjadi platform yang berbahaya sekiranya terlebih berkongsi kepada khalayak.
“Berbahaya juga sebab kalau cerita atau kongsi lebih (hal peribadi), kita punya algoritma atau reach menurun nanti dalam media sosial.
“Sebab klien pun tengok benda-benda macam ini sebelum bagi job. Dengan isteri, baru-baru ini anak saya graduate dan adalah momen yang saya kongsikan. Ada sebab untuk ‘post’. Kalau di rumah tengah lepak minum kopi, tak kot (kongsi),” ujarnya.
Sebelum ini, sudah pernah timbul dakwaan rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah hanya kerana jarang berkongsi bersama isteri, namunturut menafikan perkara tersebut. – KopiPlanet.com
Kredit artikel: Kosmo