Cerita ArtisHiburan

Jarang Naik Pentas Nyanyi Lagu Sendiri, Ada Yang Sangka Syafinaz Selamat Sekadar Guru Vokal

Tidak dinafikan Datuk Syafinaz Selamat kini lebih dikenali sebagai seorang pendidik sekali guru vokal, pensyarah dan juri program.

Ujar Syafinaz, disebabkan itu ramai generasi sekarang yang menyangka beliau hanyalah sekadar guru vokal tanpa mengetahui dirinya juga seorang penyanyi.

“Apabila jarang-jarang naik pentas dan menyanyikan lagu sendiri, ada yang sangka saya ini hanya seorang pendidik.

“Lagipun selama ini saya lebih banyak menyanyi dalam majlis-majlis tertutup. Jadi, perkara tersebut tidak buat saya kecil hati,” ujarnya.

Sementara itu, setelah 20 tahun tidak muncul dengan lagu baharu, kini Syafinaz telah melancarkan single terbaharu berjudul Persis Salju.

Menariknya, single berkenaan sudah pun dirakamkan sejak 10 tahun lalu dan kini ia baru dapat dilancarkan.

“Bukanlah saya tiada keinginan menghasilkan single baharu. Apatah lagi sudah terlalu kerap berjanji dengan peminat.

“Bagaimanapun, disebabkan komitmen saya sebagai seorang pendidik membuatkan pelancaran lagu ini sering tertangguh beberapa kali,” jelasnya.

Menurut Syafinaz, single ciptaan KuSham dan lirik oleh Zaira itu bergenre balada dan memuatkan elemen klasik dalam muzik.

Ujarnya, memandangkan sudah 20 tahun tidak muncul dengan single baharu, sudah semestinya dia inginkan masa yang terbaik bagi mengubat kerinduan peminat-peminatnya.

“Pejam celik tanpa sedar, single Persis Salju ini sudah 10 tahun terperap dan kalau ikutkan saya merancang melancarkannya pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita diuji pula dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, saya harus menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya,” ujarnya.

Kali terakhir wanita kelahiran Pontian, Johor itu muncul dengan single berjudul Syy… sempena album tribute Datuk Ahmad Nawab pada 2001. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button