Cerita ArtisHiburan

Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung, Kini Sedang Jalani Rawatan Di CCU

Pelakon popular, Jasmin Hamid terpaksa di masukkan ke unit penjagaan kritikal (CCU) di sebuah hospital akibat serangan jantung. 

Perkara berkenaan dimaklumakan sendiri oleh suami yang juga merangkap pengurusnya, Nazmir Abd. Rahi menerusi posting yang dimuat naik dalam Instagram milik aktres itu hari ini.

“Assalamualaikum semua. Saya suami kepada Jasmin mahu berkongsi keadaan terkini isteri saya. Sekarang dia berada di wad CCU, bukan ICU (unit jagaan rapi) kerana serangan jantung buat pertama kali semalam.

“Kepada yang sayangkan Jasmin, mohon panjatkan doa untuk Allah SWT panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sediakala secepat mungkin. Terima kasih,” ujarnya.

Menurut Nazmir, keluarga kepada isterinya itu sememangnya mempunyai sejarah masalah serangan jantung.

Jelasnya, kini doktor telah memberikan bantuan ubat kepada pelakon berkenaan bagi membantu melancarkan pengaliran darah ke jantung. 

“Keluarganya mempunyai sejarah serangan jantung. Tekanan darah dan degupan jantungnya juga agak rendah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button