Cerita ArtisHiburan

Jatuh Sakit Sampai Masuk ICU… Lan Pet Pet Banyak Amalkan Zikir Sehingga Kembali Pulih & Tampil Buat Persembahan Bersama Senario

Pelawak dan pelakon popular, Lan Pet Pet mendedahkan bahawa dirinya telah jatuh sakit sehingga terpaksa dimasukkan di zon Merah Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu.

Lan Pet Pet berkata, sepanjang berada di ICU dia memperbanyakkan zikir selain menunaikan solat sunat dan kesihatannya kembali pulih.

“Saya telah dimasukkan di zon merah Hospital Melaka dan doktor syak yang empat saluran jantung saya telah tersumbat yang menjadi punca saya mengalami sesak nafas.

“Namum, sepanjang di ICU saya banyakkan zikir dan solat sunat… Alhamdulillah saya diberikan kesembuhan dan dapat kembali beraksi membuat persembahan bersama Senario,” ujarnya.

Pelawak itu berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun, Lan Pet Pet memberitahu dia ada menghubungi seorang rakannya yang merupakan pakar saraf bagi mendapatkan pandangan mengenai kesihatannya.

Jelas pelawak tersebut, rakannya itu menyatakan bahawa keadaannya itu bukan disebabkan masalah jantung tetapi angin dalam badan disebabkan lewat makan.

“Kalau diikutkan saya biasanya memang selalu akan makan pada waktu petang. Jadi mungkin masalah angin dalam badan,” jelasnya.

Sebelum ini, Apek mendedahkan mengenai Lan Pet Pet yang mengalami demam dan sesak nafas sebelum konsert Senario Union Panggung Bangsawan bermula. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button