TelefilemTV

Jay-Jie x Cik B-Yonchey Kisah Dua Rapper Popular Yang Saling Bermusuhan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di meriahkan lagi dengan telefilem Jay-Jie x Cik B-Yonchey.

Diterbitkan oleh Arie Zaharie Production, ia memaparkan kisah dua orang rapper popular yang saling bermusuhan.

Pengarahnya, Izuan Mokthar berkata, apa yang istimewa mengenai telefilem ini, ia menampilkan dua orang artis remaja yang semakin meningkat naik iaitu Cik B dan Chubb-E.

“Saya memilih Chubb-E dan Cik B kerana melihat mereka mempunyai kelebihan dalam membawakan watak masing-masing.

“Selain itu, mereka antara artis yang semakin meningkat naik dan saya merasakan kedua-duanya bersesuaian berlakon dalam telefilem ini,” ujarnya.

Telefilem berkenaan mengisahkan dua iaitu orang rapper yang sangat terkenal iaitu Jay-Jie dan Cik B-Yonchey. Mereka mempunyai peminat masing masing, serta menempa nama sejak zaman persekolahan .

Mereka berdua sangat berbakat dan saling mencintai antara satu sama lain sehingga mereka berdua digelar sweet celebrity couple yang bakal ke jinjang pelamin bila mereka mula dewasa.

Namun begitu, lima tahun kemudian kedua-duanya telah membawa haluan sendiri dan bersaing antara satu sama lain. Permusuhan antara mereka berdua semakin memuncak apabila mereka terpaksa berduet menerusi sebuah lagu raya.

Selain Cik B dan Chubb-E, telefilem berkenaan turut menampilkan pelakon lain seperti Datuk Seri Vida, Cat Farish, Zynnakal, Yonny Boii Azman Ahmad dan Ifa Raziah.

“Dalam telefilem ini, memang ramai pelakon baharu yang ditampilkan. Pada mulanya memang agak sukar dan mencabar, tetapi setiap pelakon sudah memberikan komitmen yang baik dan penggambaran berjalan lancar,” ujarnya.

Jay-Jie x Cik B-Yonchey akan ditayangkan di saluran Astro Ria pada Hari Raya Ketiga (15 Mei) ini pukul 10.00 pagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button