AntarabangsaHollywood

Jennifer Garner & Bradley Cooper Nafi Gosip Sedang Bercinta

Pelakon Jennifer Garner dan Bradley Cooper menafikan khabar angin yang mendakwa mereka kini sedang bercinta.

Gosip itu timbul selepas kedua-duanya bercuti bersama di sebuah pantai di Malibu, California, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Sumber terdekat dengan kedua-dua pelakon itu mengatakan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

“Hubungan mereka sekadar kawan baik yang hanya mahu menghabiskan masa terluang bersama-sama,” kata sumber tersebut.

Gosip itu dikuatkan lagi apabila Jennifer dikatakan sudah putus cinta dengan kekasihnya, John Miller baru-baru ini.
Jennifer dan John putus selepas dua tahun menjalin cinta.

Jennifer, 48, sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Ben Affleck pada 2005 namun bercerai 10 tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, 14, Seraphina, 11, dan Samuel, 8 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button