AntarabangsaHollywood

Jennifer Lawrence Bergelar Isteri Cooke Maroney, Hanya Jemput 150 Tetamu

Pelakon Jennifer Lawrence, 29, selamat bergelar isteri kepada Cooke Maroney dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup yang diadakan pada Sabtu lalu di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Aktres itu menjemput sejumlah kecil tetamu seramai 150 orang bagi meraikan hari bahagianya itu. Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah Adele, Amy Schumer, Kris Jenner, Emma Stone dan Ashley Olsen.

Majlis keraian itu diadakan di sebuah rumah agam klasik yang direka pada 1894 oleh arkitek terkenal, Richard Morris Hunt.

Bintang filem The Hunger Games itu menggayakan gaun perkahwinan daripada jenama mewah Dior.

September lalu timbul khabar angin mendakwa pasangan ini sudah berkahwin apabila tersebar beberapa keping gambar mereka dilihat berada di pejabat pendaftar perkahwinan di Manhattan.

Pasangan ini mula bercinta sejak Jun 2018 dan bertunang pada Februari lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button