Cerita ArtisHiburan

Jihan Muse Sudah Minta Maaf Dengan Azmi Saat, Akui Dirinya Tidak Peka & Sensitif

Pengacara popular, Jihan Muse memaklumkan dia sudah pun memohon maaf kepada Azmi Saat lantaran perbuatannya yang dikatakan mempermainkan nama bapa penyanyi itu.

Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh Jihan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum.. mengenai isu segmen bersama @azmi_saat tempoh hari. Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin yg lalu. Tiadalah saya berniat utk mempermainkan nama dan menghina seperti yg diperkatakan.

“Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan yg tidak bersesuaian yg telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun,” ujarnya.

Baru-baru ini, pengacara berkenaan mendapat kecaman ramai ketika mengacarakan rancangan All Stars Gegar Vaganza apabila mempermainkan nama bapa Azmi.

Sehubungan itu, Jihan menyatakan bahawa apa yang berlaku akan menjadi pengajaran buat dirinya untuk dia lebih bersikap berhati-hati.

“Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran. Segala yg buruk dari kekhilafan saya sendiri. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja.

“la bukan perkara yg boleh dinormalisasikan. Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button