
“Jika Ditakdirkan Bersatu Semula, Saya Akan Jadi Suami Yang Terbaik” – Aliff Aziz
Sah bercerai pada 16 Mei lalu, pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya membawa haluan masing-masing setelah pelbagai kontroversi melanda rumah tangga mereka sebelum ini.
Aliff yang kantoi curang sebanyak tiga kali dikatakan punca mengapa perpisahan itu terjadi. Yang terbaharu, menerusi laman Instagramnya, Aliff, 28, memuat naik satu dedikasi romantis buat bekas isterinya.
“9.9.2016 merupakan satu hari yang sangat bermakna dalam hidup saya di mana Allah telah mengurniakan saya seorang isteri yang sangat menggagumkan untuk saya berkongsi hidup bersama.
“Di sebalik turun naik dalam kehidupan saya, dia sentiasa ada. Kalau ada peluang untuk diputarkan semula masa, saya pasti akan lakukan semua perkara dengan baik dan berbeza daripada sebelum ini.
“Saya pasti berikan yang terbaik yang saya boleh berikan. Namun, setelah semua itu hilang baru kita sedar bila kita mengambil mudah semua peluang yang ada. Sebagai seorang manusia, saya harus kembali ke jalan benar dan berdoa kapada Allah.
“Kepada Bella Astillah, awak sentiasa memberikan yang terbaik sejak hari pertama kita bertemu lagi. Awak sentiasa ada dalam masa susah dan senang saya. Saya berdoa kepada Allah agar awak sentiasa diberkatiNya kerana awak adalah seorang yang sangat istimewa.
“Terima kasih kepadan melahirkan seorang anak lelaki yang kacak, Ayden Adrean sebagai tanda cinta kita. Saya perlu perbetulkan hubungan dengan Allah kerana Dia sebaik-baik perancang. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi.
“Saya tahu post ini pasti akan mendapat pelbagai pendapat berbeza tapi saya hanya ingin berkongsikan apa yang lahir dari hati saya.
“Saya mungkin tidak pernah jadi yang terbaik untuk awak sebelum ini, tapi InsyaAllah jika diizinkan Allah untuk kita bersatu semula, Dia akan tunjukkan saya bagaimana untuk saya jadi suami dan bapa yang terbaik.
“Jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Apa pun yang orang cakap, hanya awak (Bella) yang tahu siapa diri saya yang sebenar. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya, kedua-dua awak dan Ayden,” tulis Aliff.
Seperti biasa, terdapat komen-komen sinis yang mengatakan Aliff seperti gila talak dan tiada gunanya penyesalan selepas apa yang berlaku, namun selebriti kelahiran Singapura itu dilihat membalas dengan nada positif.
Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 namun disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com