Cerita ArtisHiburan

“Jika Memaafkan Itu Sebuah Kemenangan, Maka Tenangnya Kehidupan Menjadi Ukuran” – Izreen Azminda & Intan Liana Sudah Berdamai

Sebelum ini ramai yang sudah mengetahui mengenai konflik yang berlaku antara pelakon Izreen Azminda dan Intan Liyana Saleh.

Semuanya gara-gara pengakuan Izreen yang mengumumkan sudah berkahwin dengan pemuzik Ude Wahid empat tahun lalu, sekaligus menjadi isteri kedua.

Malah, pelakon berkenaan juga menjadi kecaman apabila Ude pula bertindak menceraikan Intan dengan talak satu pada Mac 2018.

Namun begitu, menerusi posting terbaharu yang dimuat naik oleh Izreen, kelihatan dia dan Intan sudah bermaaf-maafan dan berdamai serta ditemukan dalam rancangan Melodi Raya 2021.

“Yang meminta maaf itu kuat, yang memaafkan itu kekuatan, yang dulu itu masa lalu..yang kini itu perjalanan..Keikhlasan tak boleh dipaksa, tak juga boleh dipinta, tapi keikhlasan itu hadir dari hati yang benar benar rindukan kedamaian.

“Jika memaafkan itu sebuah kemenangan, maka tenangnya kehidupan menjadi ukuran, dan jika dimaafkan itu sebuah penghormatan, maka kebahagiaan itu menjadi impian. Allah itu pemegang hati pada setiap yg bernyawa, pemilik jiwa pada setiap pelusuk bumiNya , jika dia temukan kedamaian dari sebuah beratnya ujian, maka akan ada kisah indah pada sebuah pengakhiran,” tulisnya.

Ujar Izreen lagi, dia sendiri menyatakan hanya mahu doa daripada peminat untuk pengakhiran yang baik.

“TIDAK ADA APA YG SAYA MAHUKAN.. CUMA DOA2 DARI KALIAN..SUPAYA KITA SEMUA BERTEMU PENGAKHIRAN YG BAIK BAIK SHJ.. Jangan lupa saksikan episod istimewa, Melodiraya episod 1 yang akan bersiaran pada 16 Mei 2021 (esok)Ahad pada jam 12.00 Tengah Hari..

“Tak lupa juga ucapan terima kasih buat seluruh warga kerja MELODI untuk pertemuan ini.. #Melodiraya2021 (masa taip ni seriously memang sebak.. tp tiada daya saya utk memuaskan hati semua pihak.. jadi terpulanglah..apa yg saya harap yg baik2 sahaja lepas ni),” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button