
Jim Carrey Ada Sebab Sendiri Kenapa Enggan Bergambar Selfie
Jika sebelum ini peminat terhibur dengan tingkah laku aktor Keanu Reeves yang tidak mahu memeluk peminat wanitanya ketika bergambar, seorang lagi aktor gred A Hollywood iaitu Jim Carrey pula mempertahankan pendapatnya yang enggan mengambil gambar selfie bersama peminat.
Menurut Jim, dia menyampah dengan tindakan sesetengah peminat yang menahannya untuk mengambil selfie, sebaliknya Jim lebih menyukai sekiranya dia menyapa peminat daripada mengambil gambar bersama.
“Saya rasa tiada keperluan untuk memuaskan hati semua pihak. Bukannya saya tidak berbuat baik dengan orang lain, tapi saya lebih suka bertegur sapa dengan peminat seperti bertanya tentang hari mereka daripada mengambil gambar selfie kerana selfie telah ‘menghentikan’ perkara-perkara seperti bertanya khabar,” kata Jim.
Terbaharu, Jim bakal muncul dengan filem baharu berjudul Sonic The Hedgehog yang mana dia memainkan watak sebagai Doktor Eggman. Filem itu bakal ditayangkan bermula 7 November ini. – KopiPlanet.com