Cerita ArtisHiburan

Jodoh Tidak Berpanjangan… Fizi Ali Sahkan Sudah Bercerai Dengan Shakilla Khoriri

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali memaklumkan bahawa dia dan pelakon popular Shakilla Khoriri sudah mengambil keputusan untuk bercerai.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyampai radio berkenaan menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Assalammualaikum semua.. Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing2..

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” tulisnya.

Fizi berkata, dia menganggap bahawa jodohnya bersama pelakon berkenaan sudah berakhir dan berharap agar semua pihak menghormati keputusan mereka.

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini..Anggaplah jodoh kami sampai disini.. Terima kasih atas doa2 kalian sebelum ini.

“Mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.. Insya Allah semoga doa yang baik2 ini akan kembali ke kalian semua jugak.. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nurul Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
5
+1
4
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button