Cerita ArtisHiburan

Joe Enggan Pandang Belakang, Mahu Terus Maju Dengan Ahli Baharu

Pengasas dan pemain gitar kumpulan Prime Domestic (PrimeD), Abdul Zamin Abdul Kadir, 49, atau lebih dikenali sebagai Joe berkata dia enggan memandang belakang dan mahu terus maju ke hadapan bersama ahli kumpulan baharunya.

PrimeD pernah dilanda kontroversi apabila tiga anggota kumpulannya iaitu vokalis Aweera, Hillary Ang (gitaris) dan Fauzi (bassist) mengambil keputusan mengundurkan diri pada Ogos lalu.

“Saya dah tempuh dugaan lagi hebat daripada apa yang berlaku baru-baru ini. Pengalaman itu lagi dahsyat, jadi saya tak kisah pun apa yang berlaku.

“Lagipun saya sudah tidak hairan kerana sebelum ini pun pernah diduga dengan ujian yang maha hebat,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Joe ditemui pada majlis sidang media showcase The Best of Joe yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur semalam.

Persembahan solo Joe itu akan diadakan pada 9 Disember ini bertempat di Hard Rock Cafe. Menurut Joe yang juga pemain gitar kumpulan Wings ini, dia akan mempersembahkan seleksi lagu yang merupakan hasil ciptaannya sendiri.

“Saya akan bertindak selaku teraju utama di samping dua anggota PrimeD iaitu Ainol dan Rozaimi sebagai pemain bass menggantikan tempat Fauzi.

“Saya juga memilih Zul, seorang penyanyi kelab yang dikenali menerusi kumpulan Electric 5 sebagai penyanyi utama manakala Aidi, pemain keyboard dari kumpulan Soul Statue sebagai penyanyi kedua,” jelasnya lagi.

Tiket showcase anjuran JJ Rochestra yang berharga RM50 boleh didapati di Hard Rock Cafe atau hubungi talian 03-27155555. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button