
Johnny Depp Saman Tabloid Tuduh Dirinya Kaki Dera Isteri
Pelakon Johnny Depp menyaman tabloid British, The Sun di atas penyiaran artikel pada 2018 menuduhnya sebagai seorang kaki pukul isteri.
Johnny menyaman syarikat penerbitan akhbar tersebut, News Group Newspapers dan editor eksekutifnya, Dan Wootton di atas penerbitan serta penulisan artikel itu yang ditulis oleh Dan sendiri.
Johnny hadir ke Mahkamah Tinggi London pada Rabu lalu bagi pra-pendengaran kes itu sebelum ia disebut semula pada 23 Mac ini yang dijangka akan dibicarakan selama dua minggu.
Aktor francais filem Pirates of the Caribbean itu dan bekas isterinya, Amber Heard saling membuat pertuduhan terhadap satu sama lain di atas kecederaan fizikal yang dialami kedua-duanya sepanjang masih berhubungan. Amber pada mulanya membuat dakwaan terhadap bekas suaminya pada 2016 yang kemudian dinafikan oleh Johnny. – KopiPlanet.com