Cerita ArtisHiburan

Jual Mi Udang, Ezzaty Abdullah Pernah Untung Cecah Lima Angka Dalam Tempoh Lapan Hari

Seperti diketahui umum, pelakon Ezzaty Abdullah ada menjalankan perniagaan mi udang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi menampung pendapatan.

Bermula dengan suka-suka, perniagaan yang dijalankannya itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan banyak tempahan yang diterimanya.

“Saya tak sangka pernigaan mi udang yang saya jalankan ini mendapat maklum balas yang positif. Malah, saya pernah mendapat keuntungan mencecah lima angka dalam tempoh lapan hari hasil perniagaan ini.

“Malah, pernah juga sehari sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu, saya menerima tempahan sehingga 250 bungkus sehari. Itupun ada 60 DM (direct message) yang Saya tidak dapat balas,” ujarnya.

Ezzaty berkata demikian ketika ditemui semasa penggambaran game show Santai Je… yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ezzaty memberitahu buat masa ini dia terpaksa berhenti seketika perniagaan mi udang yang diusahakannya memandangkan sudah kembali sibuk dengan aktiviti lakonan.

Mengakui masih lagi banyak tempahan yang diterima, namun isteri kupada pelakon Azwan Kombos itu terpaksa menolaknya memandangkan jadualnya kini yang terlalu padat.

“Ada juga yang suruh supaya orang lain masak, tetapi cara saya buat sangat renyah dan leceh berbanding orang lain. Lagipun saya kalau bab makanan ni agak teliti dan semuanya saya sendiri yang lakukan.

“Memang saya tak percaya orang lain buat. Malah, pembantu saya dulu pun cuma tolong saya kupaskan bawang. Dia nak kacau kuah pun saya tak bagi,” jelasnya.

Mengenai perkembangan dunia lakonan pula, Ezzaty baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim dan akan terbabit dengan tiga lagi penggambaran telemovie. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ezzaty Abdullah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button