Cerita ArtisHiburan

Julia Farhana Hampir Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengarah Popular

Kejadian hampir menjadi mangsa seksual seorang pengarah popular telah membuatkan pelakon Julia Farhana Marin berasa trauma untuk menjalani sesi uji bakat lakonan seorang diri.

Menurut aktres berusia 26 tahun itu insiden itu telah membuatkan dia kini lebih berhati-hati untuk menghadiri sesi uji bakat di masa akan datang.

“Saya rasa saya perlu kongsikan benda ini dengan anda semua. Saya pernah jadi mangsa gangguan seksual seorang pengarah tiga tahun lalu. Itu adalah kejadian yang paling memalukan dan paling menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita.

“Dia minta saya tunjukkan aksi lakonan menggoda dan saya terus pergi ke dinding untuk dijadikan props, tapi tiba-tiba pengarah itu minta saya goda dia.

“Saya duduk dengan jarak yang sesuai dengan dia tapi dia tetap suruh saya memegang dia. Dari situ saya dah tak rasa selesa.

“Lepas itu saya terus keluar dan tidak buat pun babak menggoda seperti yang dia suruh. Dalam bilik itu, ada penerbit produksi tapi dia hanya melihat sahaja tanpa membantu saya.

“Saya kemudian terus masuk kereta dan menangis semahu-mahunya sebab maruah saya terasa seperti dipijak-pijak.

“Macam mana ada orang macam ini dalam industri! Sepatutnya orang macam dia melindungi pelakon-pelakon baru” katanya kepada KopiPlanet.com.

Julia ditemui pada majlis pelancaran tiga drama bersiri Viu iaitu Salon, Jibril dan The Bridge di Sunway Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Selepas melalui pengalaman hitam itu Julia mengambil keputusan untuk sentiasa membawa pengurus atau rakannya sekiranya perlu menjalani sesi uji bakat.

“Saya trauma dan sekarang kalau nak pergi casting mesti ditemani seseorang.

“Saya tidak buat laporan polis kerana ia pastinya akan ‘backlash’ saya balik kerana saya tiada bukti. Nanti orang akan cakap saya sengaja mengada-adakan cerita.

“Lepas kejadian itu, pengurus produksi mereka ada bagi tiga tawaran kerja di bawah pengarah tersebut tapi saya terus menolak!

“Susulan insiden itu, saya nasihatkan pelakon wanita semua untuk sentiasa berteman dan berwaspada ketika pergi sesi uji bakat,” ujarnya lagi . – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button