Cerita ArtisHiburan

Julia Farhana Marin Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Dr Che Hafiz, Nikah Pada 14 Disember Lalu

Pelakon popular, Julia Farhana Marin mengesahkan dirinya sah bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz yang juga bekas suami kepada penyanyi Lufya.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini.

“Saya ingin berkongsi yang kini saya sudah bergelar isteri kepada @drchehafiz dan ini adalah foto-foto hari bahagia kami.

“Kami ingin memohon maaf atas pengumuman yang lewat ini terutama sekali kepada rakan, pihak media kerana kami mahu inginkan sebuah majlis yang sangat peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz yang dihubungi berkata, mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember lalu dan baru sahaja pulang dari berbulan madu di Indonesia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button