AntarabangsaBollywood

Kajol Luah Hasrat Nak Berlakon Filem Produksi Hollywood

Selepas menyumbangkan suara untuk karakter dalam filem animasi Disney Pixar Incredibles 2 versi Hindi, aktres terkenal Kajol menyatakan hasrat ingin melangkah ke dunia perfileman di Hollywood.

“Impian saya sekarang adalah untuk berlakon filem Hollywood. Tiada genre spesifik yang bermain di fikiran, semuanya bergantung kepada skrip tersebut sama ada ia menarik atau tidak bagi saya.

“Ia sama seperti mana dalam naskhah-naskhah filem Bollywood yang saya berlakon, keutamaan diberi dengan melihat kekuatan sesebuah cerita itu,” katanya memetik Times of India.

Kajol meminjamkan suara bagi watak Helen Parr, Elastigirl untuk versi Hollywood.

Filem sequel itu memaparkan bagaimana ahli keluarga Parr menyeimbangkan kehidupan mereka setelah dikurniakan kuasa superhero.

Incredibles 2 akan menemui peminat di India bermula 22 Jun ini. Di negara itu sebanyak empat versi bahasa ditayangkan iaitu Inggeris, Hindi, Tamil dan Telugu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button