Cerita ArtisHiburan

“Kak Faz Tak Maksudkan Saya…” Sophia Albarakbah Tegaskan Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Hal Rumah Tangga Pasangan Selebriti

Pelakon yang semakin meningkat naik, Sophia Albarakbah menegaskan dirinya enggan lagi dikaitkan dengan hal rumah tangga membabitkan pasangan selebriti.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“I usually don’t rant on social media, but there’s something I need to let out so, 

“Kepada semua yang mention dan kaitkan saya dengan hal rumahtangga pasangan celebrity terkenal, tolong lah, bukan saya yang dimaksudkan, cukup2 la salahkan saya.

“I do not want to hear any rumours involving me, as it it clearly NOT ME! Thank you,” tegasnya.

Sebelum ini, pelakon popular Fazura mendakwa ada seorang pelakon wanita yang cuba menyondol suaminya iaitu Fattah Amin.

Tidak mendedahkan nama pelakon wanita berkenaan, namun ada segelintir netizen yang mengaitkan nama Sophia yang dikatakan pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, Sophia turut menafikan bahawa Fazura menujukan pelakon wanita itu adalah dirinya.

“Eh tak, kak Faz tak maksudkan saya. Netizens yang memandai,” jawabnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button