Cerita ArtisHiburan

“Kalah Seorang Serikandi, Dia Kalah Bermaruah” – Alyah Anggap Nabila Razali Jalankan Tugas Dengan Baik

Sejak beberapa hari ini, nama penyanyi Nabila Razali masih terus menjadi sebutan gara-gara persembahan yang ditampilkan di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) pada Ahad lalu.

Tidak dinafikan memamg ramai yang memberi kecaman, namun tidak kurang juga yang turut memberikan kata-kata sengat buat dirinya.

Yang terbaharu, penyanyi Datin Alyah turut tampil mempertahankan Nabila dan menganggap penyanyi berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan baik.

“Salam subuh… Terpanggil utk berckp tentang adik kita yg lawa dan peramah ni. (byk kali jumpa dia akan sapa kita dulu). Kalah seorang serikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dgn sehabis baik.

“Seumpama dia berlari ke medan perang dgn pedang yg tumpul. Bukan pedang tu yg harus kita lihat, tapi keberaniannya turun kemedan perang itu yg harus dipandang. Tahniah adik @nabila.razali,” tulisnya.

Menurut Alyah lagi, dia mahu Nabila memandang perkara berkenaan dari sudut yang positif.

Malah, dia juga menyatakan penyanyi berkenaan lebih diingati berbanding penyanyi lain.

“Pandang positive. Kamu lebih diingati dari yg lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih berckp mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik).

“Cuma nak tanya je? Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka… Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza di pentas yang sama. Sekian terima kasih…,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button