Cerita ArtisHiburan

“Kalau Aku Nak Pilih Pfizer Ker, Sinovac Ker Tak Salah Kan? Bukannya Aku Mintak Dadah!” – Ifa Raziah

Penyanyi dah usahawan terkenal menegaskan supaya tiada yang mempertikaikan keputusannya untuk memilih jenis vaksin.

Dalam satu posting di Insta Story, Ifa menyatakan ia terpulang kepada dirinya sendiri untuk membuat pilihan.

“Kalau Aku Nak Pilih Pfizer Ker, Sinovac Ker Tak Salah Kan? Bukannya Aku Mintak Dadah!

“Yang penting aku nak ambik vaksin, bukannya nak menghasut orang lain jangan ambil vaksin. Terima kasih jadikan isu ini viral,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan dikecam segelintir netizen kerana sanggup membatalkan temujanji untuk mendapatkan vaksin.

Ia berikutan ketika hadir di MITEC, dia ditetapkan untuk mendapat vaksin jenis Sinovac, sedangkan dia menginginkan vaksin Pfizer.

“Yang penting bukan Miss Diva bukan mengada-ngada tak nak kena cucuk, doktor yang tak bagi cucuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi satu video lain yang dimuat naik, Ifa menyatakan dia inginkan vaksin Pfizer kerana mahu pergi ke Singapura.

“Mak hatam nak pergi oversea nak pergi Singapore, kenalah ambik Pfizer. Nak pergi umrah, nak pergi shopping kenalah ambik Pfizer,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button