Cerita Artis

“Kalau Being A Badboii Is A Jenayah, I’Am Sorry Malaysia…” – Caprice Kena Tidur Luar Bertemankan Bantal Pisang

Baru-baru ini, terdapat seorang wanita menerusi satu video di TikTok yang mahu mendedahkan tentang sisi gelip penyanyi dan usahawan Caprice.

Ternyata, ramai netizen yang mahu wanita berkenaan membuat pendedahan berkenaan, malah Caprice turut memberikan respon mengenainya.

Menariknya, dalam perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, penyanyi itu seakan-akan memberi gambaran tentang dirinya yang badboy atau nakal suatu masa dahulu.

“Cap dah lena tido.. tibe2 isteri kejutkan dan tanya sape perempuan ni… so kita bukak lah facebook photo album lama dan cube cari…

“Haih.. kalau being a badboii is a jenayah, iam sorry Malaysia i wish i wasnt so comel back then,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan menyatakan mempunyai ramai kekasih ketika zaman hiphop bukan satu jenayah, sebaliknya pedofilia adalah jenayah.

Malah, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Caprice turut memuat naik video dia terpaksa tidur di sofa dengan bertemankan bantal pisang.

“Ada chance Cap tido luar hari ni guys,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button