Cerita ArtisHiburan

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Adi Putra Nikah Semula

Setelah hampir 10 bulan bercerai, pelakon Datuk Adi Putra mengesahkan dirinya sudah kembali bernikah dengan bekas isterinya, Datin Zuraidah Yusof atau lebih dikenali sebagai Aida.

Menurut aktor kelahiran Singapura  itu, pernikahan mereka berlangsung pada Khamis lalu di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Adi berkata, hubungan di antara mereka masih baik biarpun pernah melalui episod penceraian dan mengharapkan ikatan perkahwinan kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kalau dah jodoh tidak ke mana.  Kalau dah tertulis memang saya milik dia dan dia milik saya, memang kita tidak boleh lari (dari ketentuan Allah).

“Sepanjang sembilan bulan bercerai, hubungan kami baik dan tiada sebarang masalah,” kata Adi ketika ditemui pada Malam Gala filem Makrifat Cinta di IDRKL Mall, Shah Alam semalam.

Adi turut menambah, banyak pengajaran yang diperolehinya menerusi ujian dan dugaan dalam kehidupan yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Banyak pengajaran boleh diambil iktibar, kalau kita tidak melalui ujian mungkin kita tidak akan menimba ilmu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Aida berkata mereka ingin membuka buku baharu dan bersedia melalui kehidupan sebagai suami dan isteri buat kali kedua.

“Kita doakan yang baik-baik sahaja.  Benda yang dah lepas, kita biarkan berlalu pergi.  Selepas ini kami nak bina hidup baharu,” katanya.

Berita mengenai perkahwinan kali kedua pasangan ini mendapat perhatian umum selepas rakan baik mereka, anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nuruhidayah Zahid berkongsikan gambar pernikahan mereka di laman sosial miliknya.

Selepas itu, Adi kemudiannya memuat naik foto perkahwinannya di Instagram yang mana mendapat lebih 66,000 ‘likes’ daripada peminat pelakon berbadan sasa itu.

Adi dan Aida bernikah kali pertama pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan anak.  Pasangan itu kemudian mengambil anak angkat, Zara Adelia yang kini sudah berusia enam tahun.

Adi mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan seorang penjawat awam, Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Menerusi kenyataannya di laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, aktor itu mengatakan dia sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Datuk Adi Putra

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button