Cerita ArtisHiburan

“Kalau Susah Cari Caprice, Cari Sajat Dulu” – Caprice Luah Rasa Pelik Polis Minta Bantuan Interpol Kesan Dirinya

Penyanyi popular Caprice meluahkan rasa pelik dengan kenyataan polis yang meminta bantuan Interpol untuk mengesan dirinya.

Caprice berkata, setakat ini masih lagi yang dapat berhubung dengan dirinya, termasuk menghantar mesej menggunakan What’s App.

“Caprice pelik dengan statement polis nak mintak tolong Interpol sebab tak dapat contact Caprice. Sedangkan ramai je What’s App kita hari-hari siap ada yang mintak souvenirs lagi.

“Kenapa tak contact je Embassy Malaysia? Kita almost hari-hari dengan staff embassy makan/minum santai. Kalau susah nak cari Caprice, cari Sajat dulu,” tulisnya di Insta Story.

Sebelum ini, pihak polis meminta bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Nadir Al Nuri berhubung laporan polis yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan meluahkan rasa penatnya terhadap halangan yang berlaku setiap kali menjelaskan perkembangan dibuatnya berkenaan Palestine.

“Tiap kali caprice ade buat progress pasal Palestine… ade je halangan/cerita baru. sumpah Caprice penat,” lujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button