HiburanSelebriti

“Kalau Tak Selevel Kenapa Pinjam Duit Lepas Tu Lari Dari Saya…” – Aliff Syukri Dedah Ada Rakam Ketika Mesyuarat Dengan Abdul Kadir

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri membidas kenyataan bekas Menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang tidak mahu meletakkan kedudukannya ‘serendah’ dirinya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Aliff Syukri menyatakan dia tidak menulis nama individu yang bergelar Tan Sri yang dimaksudkan.

“Saya tak sebut nama tan sri mana pun awakkkk.?? Kenapa terasa pedass??

“Memang saya tak selevel Tan Sri saya anak orang kampung asal pun Felda ulu banat… susah saya nak cari duit bermula dari pasar menjaja siang malam buat live tiktok,” tulisnya.

Dalam kenyataan yang ditulis itu lagi, Aliff mempersoalkan tindakan Abdul Kadir yang melarikan diri selepas meminjam duit daripadanya.

Malah, usahawan berkenaan turut menyatakan dia ada meletakkan kamera sewaktu mereka mengadakan mesyuarat dan perbincangan.

“Tan Sri… kalau tak selevel kenapa pinjam duit lepas tu lari dari saya. Tak nak turunkan diri jumpa saya… tak selevel ye..??

“Wahai Tan Sri, saya tak bodoh masa kita diskus/meeting keliling saya letak kamera saya..!! Tan Sri tak perasan sebab lavel Tan Sri bilion bodyguard keliling pinggang saya anak kampung sahaja..yg kais pagi makan pagi..,” ujarnya.

Pada masa sama, Aliff menggesa supaya Abdul Kadir memulangkan haknya yang bernilai puluhan juta dan menegaskan dia bukanlah seorang anak kampung yang boleh diperkotak-katikkan.

“Kalau tak selevel pulangkan hak saya yang puluhan juta saya tu.. pelik juga kalau tak salevel kenapa ajak saya datang rumah? ajak pergi makan ajak memancing kat kampung??

“Smua ada vedioo Tan Sri di youtube..siap ajak gi resort layan saya macam rajaa?? Ingat saya bukan anak kampung yang bodoh yang boleh dikotak katekkan..dan Rakyat malaysia tak bodoh menilai.. jangan makan duit rakyat marhen mcm saya ni tan sri,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button