Cerita ArtisHiburan

“Kami Masih Anggota Search” – Noordin & Kid Terus Berkarya, Kini Muncul Dengan Rockology Search : Kid’Din Collection Series

Biarpun penyanyi popular Amy sudah tidak lagi bersama kumpulan Search, namun legasi kumpulan rock hebat berkenaan diteruskan oleh anggota kumpulan yang lain iaitu pemain gitar Noordin dan Kid.

Noordin berkata, senario itu tidak menjadi halangan untuk mereka terus berkarya dan memberikan sesuatu yang baharu pada peminat dengan terhasilnya Rockology Search : Kid’Din Collection Series.

“Pada Mac 2020, Amy secara rasmi mengumumkan dia berundur dari Search untuk memberi peluang kepada anggota Search yang lain meneruskan aktiviti kumpulan ini.

“Proses remastered semua lagu ini kami lakukan mengikut prosedur yang betul. Lagipun saya dan Kid ada hak kerana hari ini kami masih anggota Search,” katanya.

Menurut Noordin, dia juga merancang untuk merakam semula lagu-lagu Search pada masa akan datang dengan menggunakan khidmat penyanyi dan pemain bes yang lain.

Ditanya mengenai pemilihan lagu-lagu ini, Noordin berkata, semuanya menampilkan sound dan teknik permainan gitar terbaik yang pernah dia dan Kid rakamkan dalam album-album Search.

“Ia adalah rakaman gitar terbaik daripada kami berdua. Ia dari segi teknik, sound dan solo gitar,” katanya.

Mengenai album Rockology Search : Kid’Din Collection Series, Noordin memberitahu album tersebut menampilkan 17 barangan istimewa yang merupakan cenderahati Search.

Dalam pada itu, penerbit dan pemilik Home Of Champions, Mozylir Mokhtaruddin berkata, idea menghasilkan Rockology Search : Kid’Din Collection Series ini diilhamkan Noordin ketika situasi penularan Covid-19 di negara ini dalam keadaan membimbangkan.

“Ketika itu konsert dan persembahan Search ditunda dan dibatalkan berikutan penularan Covid-19.

“Selepas mengambil kira beberapa faktor, saya, Noordin dan Kid sebulat suara untuk mengeluarkan kompilasi lagu berat dan ballad terbaik yang dipilih sendiri oleh mereka berdua.

“Ia dihasilkan khas dalam bentuk boxset bersama 17 barangan istimewa khas buat peminat Search,” katanya.

Rockology Search : Kid’Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian mulai 17 November 2021 dengan harga RM299.

Ia boleh dibeli di laman web www.fenomenasearch.com, Facebook Home Of Champions, Instagram @homeofchampions.store atau WhatsApp 016-2704544. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button